Mawar pertama :: Kasihanilah orang-orang yang lemah,nescaya anda akan bahagia. Berilah orang-orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.
Mawar kedua :: Optimislah,kerana sesungguhnya Allah bersamamu,para malaikat memohon ampunan untukmu,dan syurga telah menunggumu.
Mawar ketiga :: Tak perlu menjadi sempurna untuk menjadi berguna, tetapi jadilah insan yang BERGUNA untuk menjadi lebih sempurna!
Mawar keempat :: Jadilah seperti bunga yang harum. Baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati.
Mawar kelima :: Gembiralah dengan hidup ini. Kerana, hidup ini indah dan jadikanlah ia sebagai hamparan untuk setiap kebaikan.
Mawar keenam :: Bersabarlah..pertolongan Allah akan datang bila diiringi dengan kesabaran.
Mawar ketujuh :: Janganlah hanya melihat duri pada tangkai mawar. Tetapi lihatlah juga titisan embun yang menghiasi bahagia pada atasnya.
Mawar kelapan :: Walau sakitnya terlalu, yakinlah nanti KEMANISANNYA juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi.
Mawar kesembilan :: Allah tak melihat rupa kamu, pakaian kamu, tetapi Allah melihat HATI kamu kerana itulah tempat paling rahsia diantara manusia.
No comments:
Post a Comment