Friday, February 24, 2012

JODOH? berdoalah


Ya Allah..
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuanMu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tidak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki

Jika dirinya bukan untukku
Reda hatiku dengan ketentuanMu
Ya Allah..
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu.


MENGUBAT HATI YANG LUKA....

Dilukai? Atau cinta tak kesampaian? Ye!! Adakalanya proses  ini menemui ubat yang pahit. Tapi percayalah Allah itu baik. Dia telah takdirkan kita memiliki jodoh yang sesuai dengan kita.  Sekarang masanya untuk kita kembali bersemangat!! Ye!! Semangat untuk mempersiapkan diri menjadi peribadi yang matang, janganlah putus asa!! Sebab? Bila berlakunya kegagalan, belum tentu itu adalah pengakhiran usaha kita selama ini. Air mata yang menitis tidak akan menitis sia-sia. Bila harus bersedih, maka bersedihlah. Pasti ada jawapan daripada sekian ujian yang Allah berikan.



Ingat!! Mungkin kita kecewa sekarang. Tapi Allah itu “awesome”. Dia mempunyai rencana yang lebih baik. Setiap kejadian pasti ada hikmah. Sekarang, pasrahkan pada Allah atas apa yang terjadi sebab Allah sedang menguji keimanan dan ketabahan kita.

“ Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”  ( Ayat  5 : Al-Insyirah)

Bagaikan KHADIJAH di hati RASULULLAH


Pintu tak akan terbuka, tanpa ada orang yang mengetuknya. Begitulah pintu hati, kita perlu mengetuk dengan lembut untuk masuk menyentuh hatinya.

Cintaku + Cintamu = Cintanya yang satu.

Binalah cinta dari dalam diri, carilah cinta dalam dirinya. Kebahagiaan dan ketenangan  akan menyelimuti hati apabila cinta yang berpadu sama-sama mahu mencari cinta Allah. Kekalnya  hubungan itu juga apabila ada redha Allah.

 Ingatlah apa yang kita suka ada kalanya bukan yang terbaik untuk kita. Logik manusia merasakan ia manis, tetapi logik Allah menyusun keadaan sebaliknya. ^_^


“ Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkan kesalahan kami, serta ampunkan dosa kami dan berilah rahmat kepada kami”. (Ayat 286- Al-Baqarah)

Hati itu dan Hati ini


Wahhhh..soal hati?..perlu lebih berhati-hati..takut dilukai. Kan? Terlalu complicated nak bicara soal hati, tapi apa yang pasti berserah pada yang Esa. Bila kita terlalu mencintai seseorang, kita lupa ada lagi yang lebih mencintai kita. Siapa?.. Allah yang satu. Dia sangat sayangkn kita sehinggakan Dia uji kita dengan soal hati. Dia nk tengok sejauh mana pula kita cintakan Dia. Kita baik dengan Allah.InsyaAllah, Dia juga akan bagi kita jodoh yang baik.

 Kalau hati itu tak setia?

Xpe!!..boley sedih!!nangis puas2 , kemudian muhasabah diri. Kenapa Allah uji aku? Kenapa  Allah tak temukan aku dengan cinta yang benar-benar tulus mencintai aku? Jawapan dia cukup mudah!!.ada beberapa sebab.

 Sebab 1 :-   Allah tak nak kita tersasar jauh, mungkin Allah nak  bagi  kita “cinta” yang lebih baik dari sebelumnya. Jadi, bersabarlah sayang. Belum masa lagi. 

Sebab 2 :- Allah nak uji kita, sejauh mana kita sayangkan cinta manusia berbanding cinta Dia?. Cuba fikir, mana yang kita dahulukan?.

Sebab 3 :- Allah itu hebat!!. Kita tak tahu, tapi? Allah tahu. Hebatkan?. Contohnya, kita mungkin percaya saat kita “berpacaran” dengan kekasih hati, dialah yang terbaik. Tapi sebaliknya, Allah nak duga iman kita, nak tengok siapa yang kita akan katakan yang “terbaik”?.  She? Him? Or Allah? Jawapan ada pada kita. Kesimpulannya, jangan terlalu sayangkan cinta manusia, sebaiknya sayangkan cinta Allah dulu. Baru Allah bagi kita cinta yang betul-betul tulus untuk kita. :)