Saturday, July 27, 2013

Masalah..masalah..masalah..acane tu?..

  ....بسم الله الرحمن الرحيم 

Baru hari ni dapat update blog!! mana idaknye..terlupa password..n lastly boley jugak!!weeeee..okey sebenarnya nk share tentang masalah dalam hidup kita seharian. tipu la kan kalau dalam dunia ni xde orang yg tidak mempunyai masalah kan?..nahhhh..aq sendiri pon berbakul-bakul masalah..tapi..Alhamdulillah..settle juge akhirnya.. :) ..wink2..hurmm..stress?..hah!..x payah cakapla..berbesen-besen stress..cuma..cara menangani stress tu kenala pandai..cewahhhh..dengan membaca buku ilmiah..memang tip top la boley hilangkan stress..x percaya?..beb..tryla satu buku pon confirm berkesan..sebenarnyanya kan..bila dihitung,ditolak,didarab akhirnya samadengan masalah ni adalah satu kunci kekuatan untuk diri kita..yelah..dah biasa katakan, bak kata pepatah..alah bisa tegal biasa..


  Percayalah yang kita mampu atasi semua masalah..iye..yakin!!!kadang-kadang masalah boley membuatkan seseorang tu down giler2!!sampaikan orang sekeliling pon boley jadi mangsa dek masalah yang dihadapai..ace fikir balik..bila  kita ada masalah sendiri, tapi orang lain yang  jadi  mangsa.Idak ke nampak kita nie macam orang yang tidak mampu mengawal masalah yang ada?.. at least kawal la diri tu sikit..x banyak or sikit, orang lain pn boley bagi idea dalam masalah yang borat bonar asenya tu. berubah!!..jangan melenting..chill sikit..tak elok masalah sendiri tapi orang lain jadi mangsa. Kalau kita tak ubah diri kita,siapa lagi nk ubah?ye dak?..


  Pagi tadi lepas sahur, sempat jugak baca buku  CHANGING MINDSET by VICTOR S.L. TAN..ha,nak habaq mai ni..bunyi macam susah kan nk ubah pemikiran kita?..tapi  dalam keadaan yang semak-samun punya masalah apa salah kan kita berubah sikit?bukan apa,nanti kita jugak yang rugi..ada pulak masalah sendiri orang lain yang kena..haih!!..apalah salahnya letak sikit dalam kamus diri tu..berubah demi kebaikan diri sendiri.. kelak nnti kita yang rugi..

marah tak bertempat,berunding masalah jangan nak katala..ego fuhhhhh tudiaaa melambung,muka tu dah abih comel la tayang muka yang bermasalah..orang lain yang tengok sahih boley berjangkit nk buat muka yang seangkatan dengannya. Bak kata  lirik lagu Aznil "Jangan,jangan,jangan,jangan...nak marah,nanti naik darah,lagi masalah...."Nak petik sikit kata-kata John Fitzgerald Kennody "change is the law of life. and those who look only to the past or present are certain to miss the future"..ha..nampak tak?..nampak?..so..fikir-fikirkanlah n selamat berubah!!weeee..

semoga bermanfaat.. :) 


Friday, February 24, 2012

JODOH? berdoalah


Ya Allah..
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuanMu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tidak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki

Jika dirinya bukan untukku
Reda hatiku dengan ketentuanMu
Ya Allah..
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu.


MENGUBAT HATI YANG LUKA....

Dilukai? Atau cinta tak kesampaian? Ye!! Adakalanya proses  ini menemui ubat yang pahit. Tapi percayalah Allah itu baik. Dia telah takdirkan kita memiliki jodoh yang sesuai dengan kita.  Sekarang masanya untuk kita kembali bersemangat!! Ye!! Semangat untuk mempersiapkan diri menjadi peribadi yang matang, janganlah putus asa!! Sebab? Bila berlakunya kegagalan, belum tentu itu adalah pengakhiran usaha kita selama ini. Air mata yang menitis tidak akan menitis sia-sia. Bila harus bersedih, maka bersedihlah. Pasti ada jawapan daripada sekian ujian yang Allah berikan.



Ingat!! Mungkin kita kecewa sekarang. Tapi Allah itu “awesome”. Dia mempunyai rencana yang lebih baik. Setiap kejadian pasti ada hikmah. Sekarang, pasrahkan pada Allah atas apa yang terjadi sebab Allah sedang menguji keimanan dan ketabahan kita.

“ Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”  ( Ayat  5 : Al-Insyirah)

Bagaikan KHADIJAH di hati RASULULLAH


Pintu tak akan terbuka, tanpa ada orang yang mengetuknya. Begitulah pintu hati, kita perlu mengetuk dengan lembut untuk masuk menyentuh hatinya.

Cintaku + Cintamu = Cintanya yang satu.

Binalah cinta dari dalam diri, carilah cinta dalam dirinya. Kebahagiaan dan ketenangan  akan menyelimuti hati apabila cinta yang berpadu sama-sama mahu mencari cinta Allah. Kekalnya  hubungan itu juga apabila ada redha Allah.

 Ingatlah apa yang kita suka ada kalanya bukan yang terbaik untuk kita. Logik manusia merasakan ia manis, tetapi logik Allah menyusun keadaan sebaliknya. ^_^


“ Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkan kesalahan kami, serta ampunkan dosa kami dan berilah rahmat kepada kami”. (Ayat 286- Al-Baqarah)

Hati itu dan Hati ini


Wahhhh..soal hati?..perlu lebih berhati-hati..takut dilukai. Kan? Terlalu complicated nak bicara soal hati, tapi apa yang pasti berserah pada yang Esa. Bila kita terlalu mencintai seseorang, kita lupa ada lagi yang lebih mencintai kita. Siapa?.. Allah yang satu. Dia sangat sayangkn kita sehinggakan Dia uji kita dengan soal hati. Dia nk tengok sejauh mana pula kita cintakan Dia. Kita baik dengan Allah.InsyaAllah, Dia juga akan bagi kita jodoh yang baik.

 Kalau hati itu tak setia?

Xpe!!..boley sedih!!nangis puas2 , kemudian muhasabah diri. Kenapa Allah uji aku? Kenapa  Allah tak temukan aku dengan cinta yang benar-benar tulus mencintai aku? Jawapan dia cukup mudah!!.ada beberapa sebab.

 Sebab 1 :-   Allah tak nak kita tersasar jauh, mungkin Allah nak  bagi  kita “cinta” yang lebih baik dari sebelumnya. Jadi, bersabarlah sayang. Belum masa lagi. 

Sebab 2 :- Allah nak uji kita, sejauh mana kita sayangkan cinta manusia berbanding cinta Dia?. Cuba fikir, mana yang kita dahulukan?.

Sebab 3 :- Allah itu hebat!!. Kita tak tahu, tapi? Allah tahu. Hebatkan?. Contohnya, kita mungkin percaya saat kita “berpacaran” dengan kekasih hati, dialah yang terbaik. Tapi sebaliknya, Allah nak duga iman kita, nak tengok siapa yang kita akan katakan yang “terbaik”?.  She? Him? Or Allah? Jawapan ada pada kita. Kesimpulannya, jangan terlalu sayangkan cinta manusia, sebaiknya sayangkan cinta Allah dulu. Baru Allah bagi kita cinta yang betul-betul tulus untuk kita. :) 


Wednesday, February 22, 2012

Duhai Mawar

Mawar pertama :: Kasihanilah orang-orang yang lemah,nescaya anda akan bahagia. Berilah orang-orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

Mawar kedua :: Optimislah,kerana sesungguhnya Allah bersamamu,para malaikat memohon ampunan untukmu,dan syurga telah menunggumu.

Mawar ketiga :: Tak perlu menjadi sempurna untuk menjadi berguna, tetapi jadilah insan yang BERGUNA untuk menjadi lebih sempurna!

Mawar keempat :: Jadilah seperti bunga yang harum. Baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati.

Mawar kelima :: Gembiralah dengan hidup ini. Kerana, hidup ini indah dan jadikanlah ia sebagai hamparan untuk setiap kebaikan.

Mawar keenam :: Bersabarlah..pertolongan Allah akan datang bila diiringi dengan kesabaran.

Mawar ketujuh :: Janganlah hanya melihat duri pada tangkai mawar. Tetapi lihatlah juga titisan embun yang menghiasi bahagia pada atasnya.

Mawar kelapan :: Walau sakitnya terlalu, yakinlah nanti KEMANISANNYA juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi.

Mawar kesembilan :: Allah tak melihat rupa kamu, pakaian kamu, tetapi Allah melihat HATI kamu kerana itulah tempat paling rahsia diantara manusia.

Mawar kesepuluh :: “SENYUMAN” yang  tulus dari hati adalah alat pengantar kebahagian ke hati orang lain.. :)


Smile to the world, And the world will smile back to YOU!!  :)





Friday, February 17, 2012

Sameon?..



Seorang posmen yang datang menghantar surat.
"Assalamualaikum"..
"Waalaikumsalam"
"Ni rumah Encik Sameon ye? "
"Ya saya"
''Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni"
"Buat susah aje encik nie!Apsal tak pos aje?"
"eh pak cik ni @##$$%!!





Kawan+Sahabat = Terima Kasih Allah :)

Kawan?.Sahabat?..apa beza?. Mereka itulah sumber kekuatan kita. Saat sedih?duka?ye..Terima Kasih Allah. Ianya memang satu Anugerah yang tak ternilai. Tanpa mereka mungkin kita tak mengerti apa itu pengorbanan,kasih dan sayang. Ye..semua ini berlaku atas izin Allah. Alhamdulilllah sahabat saya terlalu baik untuk saya. Pada saya, Persahabatan ini terlalu bererti buat saya. Teguran dan nasihat itu sebenarnya untuk  membina diri kita. Percayala, andai kita baik dengan orang, orang juga akan baik dengan kita or,  dalam kata lain "what u give,u will get back". :) .. Buat sahabat, Terima Kasih berjuta-juta kerana anda sebahagian dalam hidup saya. Tidak terbalas segalanya.Semoga persahabatan ini kekal hingga akhir hayat. Terima Kasih Allah :)

(✿◠‿◠)