Friday, February 24, 2012

MENGUBAT HATI YANG LUKA....

Dilukai? Atau cinta tak kesampaian? Ye!! Adakalanya proses  ini menemui ubat yang pahit. Tapi percayalah Allah itu baik. Dia telah takdirkan kita memiliki jodoh yang sesuai dengan kita.  Sekarang masanya untuk kita kembali bersemangat!! Ye!! Semangat untuk mempersiapkan diri menjadi peribadi yang matang, janganlah putus asa!! Sebab? Bila berlakunya kegagalan, belum tentu itu adalah pengakhiran usaha kita selama ini. Air mata yang menitis tidak akan menitis sia-sia. Bila harus bersedih, maka bersedihlah. Pasti ada jawapan daripada sekian ujian yang Allah berikan.



Ingat!! Mungkin kita kecewa sekarang. Tapi Allah itu “awesome”. Dia mempunyai rencana yang lebih baik. Setiap kejadian pasti ada hikmah. Sekarang, pasrahkan pada Allah atas apa yang terjadi sebab Allah sedang menguji keimanan dan ketabahan kita.

“ Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”  ( Ayat  5 : Al-Insyirah)

No comments: