Friday, February 24, 2012

Bagaikan KHADIJAH di hati RASULULLAH


Pintu tak akan terbuka, tanpa ada orang yang mengetuknya. Begitulah pintu hati, kita perlu mengetuk dengan lembut untuk masuk menyentuh hatinya.

Cintaku + Cintamu = Cintanya yang satu.

Binalah cinta dari dalam diri, carilah cinta dalam dirinya. Kebahagiaan dan ketenangan  akan menyelimuti hati apabila cinta yang berpadu sama-sama mahu mencari cinta Allah. Kekalnya  hubungan itu juga apabila ada redha Allah.

 Ingatlah apa yang kita suka ada kalanya bukan yang terbaik untuk kita. Logik manusia merasakan ia manis, tetapi logik Allah menyusun keadaan sebaliknya. ^_^


“ Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkan kesalahan kami, serta ampunkan dosa kami dan berilah rahmat kepada kami”. (Ayat 286- Al-Baqarah)

No comments: